ILMU, IMAN SERTA AMAL
Dengan kesucian lafaz Bismillah
kami buka lembaran kalimah
tanda tinggi keagungan Allah
kami pewaris negara Malaysia
Kami bertekad kami berazam
prinsip di dada harus dicapai
teguh bersatu berganding tenaga
kami berusaha menjejak jaya
Ilmu, iman serta amal
nadi penggerak kekuatan minda
disiplin tinggi maruah terbela
hiasi peribadi sepanjang masa
Maju SMKAS maju ke depan
sebaris bersama sekolah cemerlang
keringat guru tidak terbilang
membimbing kami ke era gemilang
Maju SMKAS maju ke depan
lahirkan generasi penjaya wawasan
namamu kan harum di mata taulan
terus mekar sepanjang zaman
Lirik:
Norazarina bte Abu Zarim
Tingkatan 5/3 1996
Lagu:
Encik Abd. Haris bin Othman
Sek. Temenggong Abd. Rahman
Segamat.