Sekolah Menengah Sains Muar ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di Tanjung Agas, Muar, Johor, di kawasan seluas 42 ekar. Seramai 204 orang pelajar Tingkatan Satu merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada tarikh ini. Pada Jun 1983 kumpulan kedua pelajar sekolah ini mendaftarkan diri. Mereka merupakan 421 orang pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (TOEFL) sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kumpulan ketiga merupakan 175 pelajar Tingkatan Empat telah mendaftarkan diri pada 1 September 1983. Mulai tahun 1988 sekolah ini hanya menerima pelajar baru Tingkatan Empat sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar Tingkatan satu. Mulai 1990 sekolah ini hanya mempunyai pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja. Pada 30 Jun 1991 Sekolah ini telah menerima kemasukan kumpulan pertama Tingkatan Enam Rendah sehingga tahun 1994.

Tahun 1992 merupakan tahun yang amat bersejarah bagi Sekolah Menengah Sains Muar kerana pada tahun inilah sekolah berjaya menghasilkan 100 peratus pangkat 1 dalam peperiksaan SPM.Mulai 1995 Sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah yang berakhir pada Mei tahun 2000.

Kandungan Jurnal

SELAMAT DATANG

Jam Analog